Pelangi merupakan simbolik kepada kehidupan yang berwarna warni (colorful life). Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menggapai bermaksud menghulurkan tangan untuk mencapai sesuatu atau mencapai (to reach). Jadi konsep menggapai pelangi adalah kami ingin menyampaikan kesedaran kepada masyarakat bahawa muzik adalah betapa penting dan mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan manusia. Tambahan pula, menurut Professor Zoltan Kodaly, seorang tokoh pendidkan muzik mengatakan, “Muzik kepunyaan manusia dan literasi muzik harus dijadikan hak asasi semua rakyat dunia”.
Sebagaimana yang kita sedia maklumkan, setiap warna spektrum dalam pelangi mewakili setiap falsafah. Apa yang lebih penting lagi ialah masyarakat dapat menerima secara terbuka dan memahami peranan muzik sebagai wadah untuk menghasilkan insan yang seimbang dalam pelbagai aspek selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Melalui konsert Kemuncak Seni ini, ia sebagai medium penyampaian fakta, agar masyarakat dapat melihat warna dan muzik memiliki persamaan dari segi fungsi dan penggunaanya dalam kehidupan manusia. Dengan hal itu, susunan warna bagi setiap pelangi merupakan panduan utama dalam penyusunan item. Warna pelangi mengandungi warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Malah, cahaya putih turut diumpamakan sebagai pembukaan walaupun warna putih ini tidak termasuk dalam warna pelangi.

No comments:
Post a Comment