Friday, 25 January 2013

Tema

Tema: Spektrum (Pelangi)

Kemuncak Seni 2013 diadakan berdasarkan tema 'Spektrum' yang berkonsepkan 'Menggapai Pelangi'. Kami ingin menyedarkan masyarakat bahawa muzik sangat berguna dan mempunyai pelbagai fungsi dalam kehidupan manusia. Kemuncak seni pada kali ini akan membawa para penonton untuk menghayati muzik merentasi warna-warna pelangi.

Pemilihan nama SPEKTRUM adalah berdasarkan fenomena pelangi, di mana spektrum diibaratkan idea yang terhasil dari tujuh sumber dan diwakilkan kepada tujuh warna di atas satu pelantar untuk dihidangkan kepada para penonton. Tujuh spektrum warna ini dapat melambangkan pelbagai fungsi muzik dalam kehidupan manusia. Dengan kata lain, muzik mewarnai kehidupan kita.


No comments:

Post a Comment