Persembahan
Dalam kemuncak seni kali ini, konsep kemuncak seni telah dirancangkan dengan nama produksi sebagai ‘Rainbow Airways’ yang ingin memaparkan konsep “Menggapai Pelangi”. ‘Rainbow Airways’ adalah seumpama jenama kapal terbang, dan konsep kemuncak seni kali ini akan menggunakan konsep dalam sebuah syarikat, iaitu sebuah syarikat seperti Air Asia, Malaysia Airlines, dan sebagainya. Dalam sebuah syarikat itu, terdapat jabatan−jabatan yang bertanggungjawab dalam skop kerjanya. Sebagai contohnya, ‘Rainbow Airways’ terdapat Jabatan Pentadbiran yang merangkumi jawatan seperti setiausaha dan penolong setiausaha, tambahan, Jabatan Innovatif dan Kreativiti yang merangkumi jawatan seperti Pereka Set dan Pentas, Pereka Kostum dan Tarian, dan Pereka Grafik yang akan melibatkan pemikiran dan hasilan yang kreativiti dan innovatif.
Panggung budaya akan diusahakan untuk mentransformasinya kepada seumpamanya sebuah kapal terbang, para penonton akan dapat merasai suasana dalam kapal terbang dengan terdapat semua protokol yang terdiri daripada pramugara dan pramugari. Setiap pertukaran item, montaj akan memainkan peranan yang sangat penting agar membawa para penonton dalam suasana seperti di atas langit atau dikatakan, dalam sebuah kapal terbang yang sedang menuju ke satu destinasi.
Pada bahagian persembahan pula, bentuk persembahan dalam dua dimensi akan dilakukan. Dimensi pertama persembahan adalah wayang kulit, di mana dimensi ini digunakan untuk menempatkan ‘narrator’ konsert. Latar bagi wayang kulit akan diletakkan di sebelah kiri dan kanan pentas. Dimensi kedua pula adalah pentas panggung budaya di mana persembahan banyak tertumpu pada dimensi ini. Rasional bagi membuat persembahan dalam dua dimensi ialah bentuk persembahan seperti ini memberi kelebihan yang besar kepada banyak pihak terutamanya pihak yang terlibat semasa menjalankan konsert Kemuncak Seni. Kelebihan yang pertama ialah banyak bentuk persembahan dapat dirancang. Antaranya ialah mewujudkan karakter yang sama pada kedua-dua dimensi, hal ini membolehkan karakter tersebut ‘keluar’ dan ‘masuk’ ke satu dimensi kepada dimensi lain. Watak yang penting iaitu ‘narrator’ sekali-sekala akan dapat dikeluarkan dari dimensi pertama dan ‘narrator’ tersebut akan berubah dari segi penampilannya pada dimensi lain.
Selain itu, penggunaan dua dimensi berbeza semasa persembahan juga dapat menjimatkan masa bagi pembantu teknikal dan peralatan untuk menjalankan tugas mereka bagi mengeluarkan dan memasukkan peralatan set yang digunakan pada dimensi kedua kerana pandangan penonton akan tertumpu pada dimensi pertama sahaja. Keadaan ini memberikan ruang kepada pembantu teknikal untuk menyelesaikan tugas mereka.

Item
|
Warna
|
Pembukaan
|
−
|
1
|
Merah
|
2
|
Jingga
|
3
|
Kuning
|
4
|
Hijau
|
5
|
Biru
|
6
|
Indigo
|
7
|
Ungu
|
Penutup
|
Citrawarna
|
No comments:
Post a Comment