Kemuncak Seni merupakan satu aktiviti seni muzik berbentuk konsert yang dianjurkan pada setiap tahun di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Proses penganjuran konsert dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar tahun akhir Program Muzik, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
Setiap pelajar tahun akhir diwajibkan melibatkan diri dalam aspek penyediaan bahan, pengurusan dan persembahan konsert yang bakal diadakan. Hal ini adalah disebabkan Kemucak Seni merupakan salah satu kursus berkredit yang wajib diambil dan penilaian akhir buat sepanjang proses dan persembahan konsert.
Persembahan ini berkonsepkan konsert muzikal yang akan menonjolkan bakat dan kebolehan setiap pelajar muzik, hasil daripada proses pembelajaran selama 4 tahun. Konsert yang dijalankan ini dapat melahirkan bakal pendidik yang mempunyai kebolehan dalam bermain alat muzik, mencipta lagu, menggubah lagu, dan mencintai muzik.
Penglibatan setiap pelajar akan dinilai oleh semua tenaga pengajar yang terlibat dalam kursus Projek Akhir AMP 3053. Pada tahun ini, Projek Kemuncak seni 2012/2013 akan dikendalikan dan dianggotai oleh 52 orang pelajar, Program Pendidikan Muzik, Fakulti Muzik dan Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ojektif
Objektif Kemuncak Seni 2013 ialah:
- Memberi pengalaman kepada pelajar dalam aspek pengurusan sebuah persembahan atau konsert yang disertai dengan sistematik dan professional.
- memperlihatkan kreativiti pelajar dalam aspek penggubahan lagu dan mencernakan idea-idea untuk persembahan yang menarik.
- Mengaplikasian kemahiran muzikal seperti yang telah dipelajari sepanjang tempoh pengajian Program Pendidikan Muzik.
- Mengukuhkan dan memantapkan lagi kemahiran muzik dan kebolehan bermain instrumen serta keyakinan melalui persembahan konsert.
- Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli Kemuncak Seni 2013 dengan para pensyarah dan staf Jabatan Muzik dan Pendidikan Muzik.
- Membentuk keseimbangan kepada bakal pendidikan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.
- Merealisasikan hasrat Malaysian Assosiation of Music Education (MAME) untuk melahirkan penggiat-penggiat seni muzik di kalangan warga pendidik.
No comments:
Post a Comment