Sinopsis
Kemuncak Seni 2013 pada kali ini bertemakan 'Spektrum' berdasarkan fenomena pelangi dan berkonsepkan 'Menggapai Pelangi'. Kemuncak seni pada kali ini akan membawa para penonton untuk menghayati muzik merentasi pelangi ke setiap tujuh warna pelangi iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu.
Tujuh warna ini dapat melambangkan kepelbagaian fungsi muzik dalam kehidupan manusia dan melalui konsep menggapai pelangi ini dapat menyakinkan para penonton bahawa muzik terdapat di sekeliling kita serta fungsi muzik itu juga terdapat dalam warna yang berada di sekeliling kita. Melalui konsep menggapai pelangi, setiap warna yang terdapat dalam pelangi akan bercerita kepada para penonton tentang falsafah yang tersirat di dalamnya.
No comments:
Post a Comment