Friday, 25 January 2013

Latar Belakang Kemuncak Seni 2013

Latar Belakang Kemuncak Seni 2013

Kemuncak Seni merupakan satu aktiviti seni muzik berbentuk konsert yang dianjurkan pada setiap tahun di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Proses penganjuran konsert dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar tahun akhir Program Muzik, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Setiap pelajar tahun akhir diwajibkan melibatkan diri dalam aspek penyediaan bahan, pengurusan dan persembahan konsert yang bakal diadakan. Hal ini adalah disebabkan Kemucak Seni merupakan salah satu kursus berkredit yang wajib diambil dan penilaian akhir buat sepanjang proses dan persembahan konsert.

Persembahan ini berkonsepkan konsert muzikal yang akan menonjolkan bakat dan kebolehan setiap pelajar muzik, hasil daripada proses pembelajaran selama 4 tahun. Konsert yang dijalankan ini dapat melahirkan bakal pendidik yang mempunyai kebolehan dalam bermain alat muzik, mencipta lagu, menggubah lagu, dan mencintai muzik.

Penglibatan setiap pelajar akan dinilai oleh semua tenaga pengajar yang terlibat dalam kursus Projek Akhir AMP 3053. Pada tahun ini, Projek Kemuncak seni 2012/2013 akan dikendalikan dan dianggotai oleh 52 orang pelajar, Program Pendidikan Muzik, Fakulti Muzik dan Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Ojektif

Objektif Kemuncak Seni 2013 ialah:
  1. Memberi pengalaman kepada pelajar dalam aspek pengurusan sebuah persembahan atau konsert yang disertai dengan sistematik dan professional.
  2. memperlihatkan kreativiti pelajar dalam aspek penggubahan lagu dan mencernakan idea-idea untuk persembahan yang menarik.
  3. Mengaplikasian kemahiran muzikal seperti yang telah dipelajari sepanjang tempoh pengajian Program Pendidikan Muzik.
  4. Mengukuhkan dan memantapkan lagi kemahiran muzik dan kebolehan bermain instrumen serta keyakinan melalui persembahan konsert.
  5. Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli Kemuncak Seni 2013 dengan para pensyarah dan staf Jabatan Muzik dan Pendidikan Muzik.
  6. Membentuk keseimbangan kepada bakal pendidikan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.
  7. Merealisasikan hasrat Malaysian Assosiation of Music Education (MAME) untuk melahirkan penggiat-penggiat seni muzik di kalangan warga pendidik.

Persembahan

Persembahan
      Dalam kemuncak seni kali ini, konsep kemuncak seni telah dirancangkan dengan nama produksi sebagai ‘Rainbow Airways’ yang ingin memaparkan konsep “Menggapai Pelangi”. ‘Rainbow Airways’ adalah seumpama jenama kapal terbang, dan konsep kemuncak seni kali ini akan menggunakan konsep dalam sebuah syarikat, iaitu sebuah syarikat seperti Air Asia, Malaysia Airlines, dan sebagainya. Dalam sebuah syarikat itu, terdapat jabatan−jabatan yang bertanggungjawab dalam skop kerjanya. Sebagai contohnya, ‘Rainbow Airways’ terdapat Jabatan Pentadbiran yang merangkumi jawatan seperti setiausaha dan penolong setiausaha, tambahan, Jabatan Innovatif dan Kreativiti yang merangkumi jawatan seperti Pereka Set dan Pentas, Pereka Kostum dan Tarian, dan Pereka Grafik yang akan melibatkan pemikiran dan hasilan yang kreativiti dan innovatif.
      Panggung budaya akan diusahakan untuk mentransformasinya kepada seumpamanya sebuah kapal terbang, para penonton akan dapat merasai suasana dalam kapal terbang dengan terdapat semua protokol yang terdiri daripada pramugara dan pramugari. Setiap pertukaran item, montaj akan memainkan peranan yang sangat penting agar membawa para penonton dalam suasana seperti di atas langit atau dikatakan, dalam sebuah kapal terbang yang sedang menuju ke satu destinasi. 
     Pada bahagian persembahan pula, bentuk persembahan dalam dua dimensi akan dilakukan. Dimensi pertama persembahan adalah wayang kulit, di mana dimensi ini digunakan untuk menempatkan ‘narrator’ konsert. Latar bagi wayang kulit akan diletakkan di sebelah kiri dan kanan pentas. Dimensi kedua pula adalah pentas panggung budaya di mana persembahan banyak tertumpu pada dimensi ini. Rasional bagi membuat persembahan dalam dua dimensi ialah bentuk persembahan seperti ini memberi kelebihan yang besar kepada banyak pihak terutamanya pihak yang terlibat semasa menjalankan konsert Kemuncak Seni. Kelebihan yang pertama ialah banyak bentuk persembahan dapat dirancang. Antaranya ialah mewujudkan karakter yang sama pada kedua-dua dimensi, hal ini membolehkan karakter tersebut ‘keluar’ dan ‘masuk’ ke satu dimensi kepada dimensi lain. Watak yang penting iaitu ‘narrator’ sekali-sekala akan dapat dikeluarkan dari dimensi pertama dan ‘narrator’ tersebut akan berubah dari segi penampilannya pada dimensi lain. 
     Selain itu, penggunaan dua dimensi berbeza semasa persembahan juga dapat menjimatkan masa bagi pembantu teknikal dan peralatan untuk menjalankan tugas mereka bagi mengeluarkan dan memasukkan peralatan set yang digunakan pada dimensi kedua kerana pandangan penonton akan tertumpu pada dimensi pertama sahaja. Keadaan ini memberikan ruang kepada pembantu teknikal untuk menyelesaikan tugas mereka.    

Item
Warna
Pembukaan 
1
Merah
2
Jingga
3
Kuning
4
Hijau
5
Biru
6
                                 Indigo
7
Ungu
Penutup
Citrawarna
  


Logo

Bentuk Kristal Berwarna Pelangi

Menegaskan tentang tujuh warna pelangi yang diambil bagi menterjemah melalui muzik.
Warna pelangi, Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo dan Ungu. 


Lambang Sepasang Sayap

Berimaginasikan sepasang sayap menuju ke pelangi untuk mengalami fenomena optik dan meteorologi yang menegaskan fungsi muzik yang diterjemahkan bagi setiap warna pelangi.


Tipografi
Rainbow Airways merupakan jenama rasmi syarikat penerbangan kumpulan Kemuncak Seni 2013

Konsep

Konsep : Menggapai Pelangi

     Pelangi merupakan simbolik kepada kehidupan yang berwarna warni (colorful life). Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menggapai bermaksud menghulurkan tangan untuk mencapai sesuatu atau mencapai (to reach). Jadi konsep menggapai pelangi adalah kami ingin menyampaikan kesedaran kepada masyarakat bahawa muzik adalah betapa penting dan mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan manusia. Tambahan pula, menurut Professor Zoltan Kodaly, seorang tokoh pendidkan muzik mengatakan, “Muzik kepunyaan manusia dan literasi muzik harus dijadikan hak asasi semua rakyat dunia”.

     Sebagaimana yang kita sedia maklumkan, setiap warna spektrum dalam pelangi mewakili setiap falsafah. Apa yang lebih penting lagi ialah masyarakat dapat menerima secara terbuka dan memahami peranan muzik sebagai wadah untuk menghasilkan insan yang seimbang dalam pelbagai aspek selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

     Melalui konsert Kemuncak Seni ini, ia sebagai medium penyampaian fakta, agar masyarakat dapat melihat warna dan muzik memiliki persamaan dari segi fungsi dan penggunaanya dalam kehidupan manusia. Dengan hal itu, susunan warna bagi setiap pelangi merupakan panduan utama dalam penyusunan item. Warna pelangi mengandungi warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Malah, cahaya putih turut diumpamakan sebagai pembukaan walaupun warna putih ini tidak termasuk dalam warna pelangi.

Tema

Tema: Spektrum (Pelangi)

Kemuncak Seni 2013 diadakan berdasarkan tema 'Spektrum' yang berkonsepkan 'Menggapai Pelangi'. Kami ingin menyedarkan masyarakat bahawa muzik sangat berguna dan mempunyai pelbagai fungsi dalam kehidupan manusia. Kemuncak seni pada kali ini akan membawa para penonton untuk menghayati muzik merentasi warna-warna pelangi.

Pemilihan nama SPEKTRUM adalah berdasarkan fenomena pelangi, di mana spektrum diibaratkan idea yang terhasil dari tujuh sumber dan diwakilkan kepada tujuh warna di atas satu pelantar untuk dihidangkan kepada para penonton. Tujuh spektrum warna ini dapat melambangkan pelbagai fungsi muzik dalam kehidupan manusia. Dengan kata lain, muzik mewarnai kehidupan kita.


STANDARD OPERATION PRODUCTION (SOP) OF RAINBOW AIRWAYS 2012/2013



Pengarah Konsert : Tan Ru Yi
Timbalan Pengarah Konsert : Muhamad Hafifi Bin Mokhtar

Jabatan Muzik (Ketua : Sumiran)
a) Pengarah Muzik : Sumiran Bin Mohd Salleh
    Penolong Pengarah Muzik : Tang Jung Siong
   
b)  Pengurus Skor Muzik : Nor Aliah Binti Ahmad Zakri & Jin Cheng Hao

Jabatan Pentadbiran (Ketua : Fan Xiau Li)
a) Setiausaha : Fan Xiau Li
    Penolong Setiausaha :
Wan Nurain Binti Wan Anuar
b) Ajk Mengurus Jadual Latihan: Tong Dan & Zhang Xu

Jabatan Pengurus Kewangan (Ketua : Nor Atiqah)
a) Pengendalian ‘Internal Audit’:
                              i)  Pengurus Kewangan 1 : Nor Atiqah Bt. Md. Noor
                              ii) Pengurus Kewangan 2 :
Ainun Faizah Bt Ab Aziz

b) Unit Pengurusan Peralatan:
                             i)   Pengurus Sumber Strategik : Annette Alicia Guillan
                              ii) Pengurus Belian:  Haslina Rifhan Binti  Razali

 c) Unit Penajaan:
                             i)  Pengurus Penajaan : Jenifer Matil
                             ii) Penolong Penajaan: Chen Wei Wei

Jabatan Sumber Kemanusiaan (Ketua : Nor Azziah Binti Huri)

a)  Unit Kebajikan : Nor Azziah Binti Huri & Peng Lin
b)  Unit Mengurus Pengangkutan : Zhang Jia Qi & Long Wei
c)  Unit Mengurus Penempatan (pertemuan / latihan) :
Norasilalatin Binti Mustapha
d)  Unit Mengurus Makanan : Norasilalatin Binti Mustapha
e)  Unit Protokol:
       i)  Pengurus Jemputan & Sambutan : Nor Azziah Binti Huri
            Penolong Pengurus Jemputan & Sambutan : Nur Syafaati Binti Muhammad Yunus
      ii)  Pengurus Protokol: Haslina Rifhan Binti  Razali        
            Penolong Pengurus Protokol: Ainun Faizah Bt Ab Aziz

Jabatan Pemasaran & Pengiklanan (Ketua: Qayyum)

a)  Pengurus Pemasaran : Abdul Qayyum bin Abdul Karim
b)  Penyelaras Buku Program : Su Kher Xing
     Penolong Penyelaras Buku Program : Dorcas Wong Hoe Ong


Jabatan Innovatif & Kreativiti (Ketua: Muhamad Nazri)

a)  Pengurus Artistik :
Muhamad Nazri Bin Mahamud
     Pembantu Pengurus Artistik 1:  Norhesham Bin Mohamed
     Pembantu Pengurus Artistik 2: Wang Lei
b)  Pereka Grafik : Ahmad Amirulah Bin Mohd Yunan
c)  Pereka Audio Visual : Justersan Jalunah
     Pembantu Pereka Grafik & Audio Visual: Syazwan Bin Ishak


Jabatan Teknologi & Pentas (Ketua: Ridzuan)

a) Kumpulan Teknologi
    i)    Pengurus Teknikal : Mohd Ridzuan Bin Khalid
    ii)   Penyelaras Tatacahaya : Tengku Nasrul Haizal Bin Mohd Nasir  
          Penolong Penyelaras Tatacahaya : Li Jun Jie
    iii) Penyelaras Bunyi :  Garry Anak Mudin
iv) Pengurus Fotografi : Nur-Raihan Izzati Binti Ahmad Zaidee
      Penolong Pengurus Fotografi: Xu Xue Mei


b) Kumpulan Pentas
      i)  Pengurus Pentas : Ikhwan Murshidee  Bin. Ramlan
          Penolong Pentas 1: Nor Aizat Syahrizal Bin Abd. Razak
          Penolong Pentas 2: Mohd Farid Bin Abd. Halim
      ii) Pengurus Artis : Nor Aizat Syahrizal Bin Abd. Razak
          Penolong Pengurus Artis: Asma Mohd Shamir Bin Mohd Saleh
     iii) Pengurus Krew Peralatan : Syazwan Bin Ishak
     iv) Pengurus Krew Teknikal : Nazierul Mubin Bin Mohd Daud
     v)  Pengurus Logistik (peralatan): Wan Mohd Suhaizi Bin Wan Mohamad

Jabatan Kostum & Solekan (Ketua: Theresa Tom)
a) Pereka Kostum & Pengurus Tarian: Sharifah Nur Azleen Binti Syed Ahmad  
    Pembantu Pereka Kostum & Pengurus Tarian: Siti Nor Aishah Binti Che  Karim

 b) Kumpulan Sokongan Berdandan: Theresa Tom & Li Hua

 c) Kumpulan Sokongan Kostum : Gu Heng Jia & Wen Yan Yuan
 d) Tatarias: Theresa Tom &  Wang Xin Wei   

Jabatan Displin dan Keselamatan (Ketua : Li Jun Jie)
 a) Unit Displin
            i)   Ajk Peraturan  : Li Jun Jie
            ii)  Ajk Kebersihan Tempat Latihan: Shao Shuai  & Feng Yue
            iii) Ajk Kebersihan Panggung: Zhao Jie

 b) Keselamatan (First Aid) :  Xu Xue Mei & Wu Meng

Tugasan Item

Opening- Garry Anak Mudin/ Justersan Jalunah/ Norhesham 
      Merah- Ahmad Amirulah Bin Mohd Yunan/ Mohd Ridzuan  Bin Khalid/ Fan Xiau Li
      Jingga- Feng Yue / Wang Xin Wei/ Peng Lin
      Kuning- Sharifah Nur Azleen Binti Syed Ahmad/ Theresa Tom/ Wan Mohd Suhaizi Bin Wan Mohamad
      Hijau- Su Kher Xing/ Dorcas Wong Hoe Ong/ Tang Jung Siong
      Biru- Jenifer Matil/ Annette Alicia Guillan/ Abdul Qayyum bin Abdul Karim
      Indigo- Muhamad Hafifi Bin Mokhtar/ Nazierul Mubin Bin Mohd Daud/Syazwan Bin Ishak
      Ungu- Sumiran Bin Mohd Salleh/ Tengku Nasrul Haizal Bin Mohd Nasir/ Siti Noraishah
      Finale- Nor Aliah Binti Ahmad Zakri/ Haslina Rifhan Binti Razali/ Nur Shafaati Binti Muhammad Yunus